“Shila tak sanggup lukakan hati mereka”- Shila Amzah – Minggu lalu dunia hiburan disorotkan dengan ‘perbalahan’ antara ND Lala dan Sharnaaz Ahmad, pastinya peminat di luar sana menantikan kenyataan daripada pelantun Patah Seribu, Shila Amzah mengenai isu tersebut.
Menurut blog hiburan tempatan Shila Amzah telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui sepucuk ‘surat’ bagi memperjelaskan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh kekasihnya, Sharnaaz dan bapanya, ND Lala.
Namun tiada kenyataan menyimpulkan situasi yang terjadi antara Sharnaaz Ahmad & bapanya, ND Lala.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.
Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.
Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.
Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.
Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.
Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.
Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.
No comments:
Post a Comment